Jauh perjalanan belum pasti akan destinasi... lemah kaki kerana perhiasan diri...
nak berlari, ku di ekori... bila berjalan marah tidak di peduli...
perjalanan daie kecil belum lagi tamat... "agah anak biar bertatih"...
enak melihat dunia yang masih berputar...mengelilingi nafsu semakin mengejar...
aku melihat sibuk di mana-mana... mengurus terurus... menerus mendengus... mengeluh terpeluh. sampai aku tidak perasan dimana bermula dan berhenti.. kemahuan apa yang dituruti ini sehingga lupa kepada dzat yang memelihara? keperluan apa yang menepikan dzat yang mencipta.. ruh dan jasad bergaduh tidak sefahaman...menegak mahu menyanggak.. melihat mahu hebat.. lama kelamaan terjatuh jua tersungkur jiwa.
tebarkan telapak pohon kebaikan..
belum tamat perjuangan mencari redha tuhan..
“Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘ala dinika wa ‘ala tho’atika”.
“Wahai dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu dan atas ketaatan kepada-Mu”.